Laporan/foto : Norshazila Ahmad, Mohamad Syafiq Mohamad Saleh (Shah Alam)
SHAH ALAM, 13 Feb 2022 (Malaysiaaktik) – Seramai 600 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC, di sini bagi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) yang berlangsung hari ini.
Program PICKkids di PPV IDCC bermula pada 3 Februari yang lalu menerima 200 penerima vaksin sehari.
Namun, jumlah tersebut kian meningkat kerana mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa khususnya di Selangor dengan sasaran 1,000 kanak-kanak setiap hari.
Ibu bapa yang ditemui menyifatkan pemberian imunisasi itu sebagai ikhtiar untuk melindungi anak-anak mereka dari jangkitan COVID-19.
-ZS-