Skip to main content
HomeKedahMA

Sambutan Israk Mikraj SRITI As Safwah Dalam Norma Baharu

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/SRITI As Safwah

SIK, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Bagi mengingati sejarah pensyariatan solat serta junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, hampir 200 warga Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) As Safwah terlibat dalam program sempena Sambutan Israk dan Mikraj, disini semalam.

Menurut Guru Besar SRITI As Safwah, Subki Zakaria, situasi semasa COVID-19 menyaksikan sambutan Israk dan Mikraj terpaksa diraikan dalam suasana norma baharu dan bersederhana.

Sambutan ini diharap dapat dihayati sebaik-baiknya oleh para pelajar.

Sambutan ini diharap dapat dihayati sebaik-baiknya oleh para pelajar.

“Walaupun begitu, ianya masih diraikan dengan meriah termasuklah perarakan pelajar mengikut kelas masing-masing serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan agar dapat mencegah penularan COVID-19.

“Namun, saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah SAW ini dapat dihayati sebaik-baiknya oleh warga SRITI khususnya para pelajar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda