Skip to main content
HomeMAMelaka

PICKids Sasar 50 peratus Kanak-kanak Di Vaksin

By 12 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

JASIN, 10 Feb (Malaysiaaktif)- Program Imunisasi COVID-19 di Negeri Melaka telah bermula pada 26 Februari 2021. Sehingga 8 Februari 2022, seramai 710,700 orang telah lengkap dua dos iaitu 76.2% daripada keseluruhan populasi atau 92.9% daripada populasi dewasa.

Negeri Melaka mensasarkan 50% daripada keseluruhan 98,600 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di Negeri Melaka dan dimulakan dengan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun (bermula dengan kanak-kanak berumur 11 tahun) berjumlah seramai 71,624 orang.

Adik Mohd Nur Iman Ismail 10 tahun menunjukkan kad vaksin setelah menerima suntikan.

Adik Mohd Nur Iman Ismail 10 tahun menunjukkan kad vaksin setelah menerima suntikan.

Pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak telah pun dimulakan di peringkat kebangsaan pada 3 Februari 2022 di Special PPV (SPPV) kepada kanak-kanak immunocompromised dan menpunyai penyakit kronik.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda