Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya (Selangor)
AMPANG, 16 Feb (Malaysiaaktif) – 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) komuniti Cina menerima sumbangan cek bernilai RM 1,000 sempena Program Sambutan Perayaan Chap Goh Mei Parlimen Ampang semalam.
Sambutan Perayaan Chap Goh Mei yang diadakan pada hari ke-15 selepas Tahun Baharu Cina sebagai tanda berakhirnya sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tahun tersebut. Persembahan tarian singa dan gendang, mengaul yee sang, membakar tanglung dan bunga api antara pengisian Program Sambutan Perayaan Chap Goh Mei Parlimen Ampang kali ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam ucapan beliau mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan rakyat perlu terus menyokong serta memberikan kepercayaan kepada kerajaan pada hari ini bagi membangunkan negara, katanya ketika merasmikan program di NAYC Basketball Court, Kg. Baru Ampang, di sini semalam.
-ZS-