Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JKKK di DUN Pauh Perlu Sentiasa SiapSiaga Amaran Bencana

By 15 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PAUH, 15 Mac ( Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Negeri Perlis dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis dan Pertubuhan Peladang Padang Siding, Pauh telah menganjurkan Program Taklimat Isu-Isu Semasa kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Pauh.

Dalam ucapan Perasmian, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pauh, Roziena Ahmad mengharapkan supaya para pengerusi atau wakil JKKK yang terdiri dari lima buah kampung yang selalu ditimpa bencana ini dapat sentiasa bersedia dan mengambil segala maklumat di program ini dan menyampaikan kembali maklumat tersebut kepada seluruh penduduk yang berada di kampung mereka dan penduduk perlu sentiasa bersedia.

Taklimat bencana telah disampaikan oleh Kapten Aji Azri Bin Mustari, Pegawai Pertahanan Daerah Arau , Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda