Laporan/foto: Yusmila Yusof (Sik)
SIK, 29 MAC (Malaysiaaaktif) – Sungai Viral Kampung Betong, Sik antara lokasi menarik menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah.
Kali ini, Sungai Viral ini menjadi lokasi pilihan pihak Sekolah Kebangsaan Kampong Betong, Sik untuk menganjurkan Mesyuarat PIBG kali ke-47 tahun 2022/2024, baru-baru ini.
Menurut guru besar Sekolah Kebangsaan Kampong Betong, Abdul Khani Mat Ali, pihak sekolah perlu memilih lokasi di luar sekolah bagi menganjurkan mesyuarat PIBG kali ini kerana tidak dibenarkan menganjurkan mesyuarat PIBG dalam kawasan sekolah.
“Ianya selaras dengan arahan dan prosedur operasi standard (SOP) terkini pihak kerajaan iaitu tidak membenarkan aktiviti dilakukan dalam kawasan sekolah yang melibatkan waris dan orang ramai.”
Mesyuarat Agung PIBG ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Noor Azman Abdul Rahman.
-ZS-