Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

TVET Pemacu Utama Lahir Tenaga Mahir

By 20 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlisyahudin H.Hassan (Pendang)

PENDANG, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama atau ‘game changer” dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi.

Katanya, tenaga kerja berkemahiran tinggi penting untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi berintensifkan buruh bagi mendepani era ledakan dan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

“Pelbagai strategi dirangka termasuk merombak tadbir urus, mempromosi, meningkatkan kualiti dan mewujudkan pangkalan data berkaitan laluan TVET serta padanan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Jom Masuk TVST@KSM anjuran Jabatan Tenaga Manusia yang berlangsung di Dewan Cenderawasih, di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda