Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

10,000 Mangkuk Bubur Lambuk untuk Warga Ampang

By 10 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin/Nor Juliana Jamri (Hulu Langat)

AMPANG, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 10,000 mangkuk bubur lambuk disediakan di Surau Fatimah Az-Zahra, Taman Kosas petang tadi untuk diedarkan di sekitar kawasan Parlimen Ampang.

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin meluangkan masa selepas solat Asar bagi menyerahkan bubur lambuk tersebut kepada 32 orang wakil masyarakat tempatan dan agensi untuk edaran.

Tukang masak khas diimport daripada Kuala Selangor bagi memasak bubur lambuk bermula jam 1.00 petang tadi. Seramai 30 orang sukarelawan Parlimen Ampang juga turut bergotong-royong menyiapkan juadah tersebut.

“Saya berharap agar umat Islam akan lebih menghayati keindahan bulan mulia Ramadan dan sentiasa bersyukur atas setiap rezeki dan nikmat yang dikurniakan bagi menjadikan kita hamba yang lebih baik,” kata Zuraida yang juga merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika ditemui selepas majlis edaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda