Laporan/foto: Eviannie Kin (Sabah)
TAMPARULI, 14 April (Malaysiaaktif) – Sumandak Sabah, Richweena Radin, 18, memilih alat muzik tradisional untuk mengisi masa lapang dengan menjadi Sukarelawan Persatuan Seni Budaya Tuaran (PESTA).
Menurutnya, ia merupakan aktiviti sampingan sementara menunggu peluang tawaran kemasukan ke universiti awam.
“Ia pengalaman baharu untuk melatih diri agar tidak malu berkomunikasi dengan orang ramai.
āMelalui aktiviti ini juga, saya bukan sahaja dapat mengasah kemahiran berkomunikasi malah sebagai anak jati Tamparuli, saya dapat mempromosi sejarah dan keunikan Jambatan Gantung Tamparuli menerusi alat muzik tradisional,ā katanya ketika ditemui di sini, pagi tadi.
Richweena mendapat pendedahan alat muzik tradisional sejak sekolah rendah seperti alat muzik ābabadonā oleh bapa saudaranya dan turut berkemahiran dalam memainkan alat muzik kulintangan serta bangau.
-ZS-