Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jadikan Al-Quran sebagai Panduan Hidup

By 20 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 20 April (Malaysiaaktif) – Umat Islam perlu menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidup agar kehidupan kita sentiasa berada atas jalan yang diredai oleh Allah SWT.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Hanafiah Mat berkata ketika merasmikan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran yang  diadakan di Masjid Geliga, di sini semalam.

“Saya juga menyeru kepada diri saya dan para hadirin agar sentiasa menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan harian,” katanya.

Program yang diadakan selepas selesai solat terawih itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, ADUN Kemasik Saiful Azmi Suhaili dan Pegawai Daerah Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab.

-ZS-

Tinggalkan komen anda