Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir (Negeri Sembilan)/MAINS
TAMPIN, 14 April ( Malaysiaaktif) – Sempena Bulan Wakaf Negeri Sembilan, pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah merancang untuk mengadakan Siri Jelajah Harta di 13 lokasi terpilih seluruh negeri bermula 5 hingga 26 April 2022.
Objektif utama Siri Jelajah Harta adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat setempat tentang potensi wakaf dan mengajak mereka untuk turut mewakafkan harta ataup wang tunai kepada Institusi Pengurusan Wakaf Negeri Sembilan.
Menurut Penolong Pengarah Unit Dakwah Wakaf & Mal Bahagian Wakaf MAINS Ustaz Bukhari Safian, semalam kesemua sumbangan yang disalurkan ke institusi ini akan diagihkan kepada empat sektor utama iaitu pendidikan, sosio-ekonomi, kesihatan dan pengembangan harta wakaf.
Dalam pada itu, Pegawai MAINS Tampin Puan Che Rozita Che Rahman turut memaklumkan sehingga semalam Tampin merupakan daerah yang paling banyak menerima hasil kutipan wakaf sepanjang siri jelajah harta berlangsung.
-ZS-