Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kerajaan Negeri Melaka Anugerahkan Pingat Jasa Cemerlang kepada Anggota Yang Memberikan Sumbangan Berimpak Tinggi

By 1 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mastika Hablum (Melaka)

MELAKA, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Sempena dengan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka yang pastinya meraikan anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pentadbiran Negeri Melaka turut menganugerahkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) kepada anggota yang telah mempamerkan kecemerlangan luar biasa dalam melaksanakan tugas yang memberikan impak kepada Negeri Melaka.

PJC ini juga merupakan insentif serta pengikrirafan daripada Kerajaan Negeri Melaka yang telah menyumbang bakti dalam menangani wabak COVID-19 di Negeri Melaka.

Sejumlah 62 anggota yang telah menerima APC manakala 489 yang telah menerima PJC dalam majlis  yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda