Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 7 April (Malaysiaaktif) – Sebuah kereta dipandu seorang lelaki ketika mengambil cucunya dari sekolah hilang kawalan sebelum melanggar kereta dan motosikal berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selayang Baru, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata dua orang mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan dirawat di Hospital Selayang.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah jalan lurus dan mempunyai dua lorong serta dua hala dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Terdahulu, tular video berdurasi seminit di media sosial memaparkan satu kemalangan berhampiran SMK Selayang Baru.
-ZS-