Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

SRC Edar 400 Nasi Hujan Panas Setiap Hari Sepanjang Ramadan

By 7 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

POKOK ASSAM, 7 April (Malaysiaaktif) – Bazaar Ramadan Pokok Assam menjadi lokasi edaran nasi hujan panas oleh kumpulan ‘Speaker’s Ramadan Corner’ bagi juadah berbuka puasa penduduk di kawasan sekitar Pokok Assam, semalam.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, kumpulannya menyediakan sebanyak 400 bungkusan nasi hujan panas yamg akan diedarkan setiap hari di lokasi yang berbeza di sekitar Taiping.

“Edaran makanan dilakukan pada bulan Ramadan kepada penduduk setempat supaya mereka boleh menikmati juadah berbuka yang sama seperti orang lain,’’ katanya.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pokok Assam turut membantu mengedarkan makanan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda