Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 7 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan Terengganu memfokuskan pengisian rohani dalam meneruskan penganjuran program Madinah Ramadan tahun ini.
untuk meningkatkan dan menghidupkan suasana dakwah dan penyebaran ilmu dalam kalangan masyarakat sempena Ramadan pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah, berkata beliau bersyukur dan gembira apabila program tersebut dapat dilaksanakan setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
“Alhamdulillah, apabila negara telah memasuki fasa endemik program ini dapat dilaksanakan semula, meskipun tahun ini agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan penganjuran yang kita laksanakan sebelum negara dilanda wabak COVID-19,” katanya ketika merasmikan program Madinah Ramadan peringkat Negeri Terengganu, di sini semalam.
Program ini diadakan bagi menyebarluaskan usaha dakwah dan penyampaian ilmu kepada masyarakat diadakan pada skala kecil dan sederhana berhampiran bazar-bazar Ramadan seluruh negeri Terengganu.
-ZS-