Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lebih Banyak Produk Agro Makanan Tembusi Pasaran Jepun – MAFI

By 22 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 22 April (Malaysiaaktif) – Malaysia menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berjaya memperkukuh produk agro makanan keluaran tempatan menembusi pasaran Jepun.

Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata usaha penerokaan pasaran antarabangsa dikonsolidalikan melalui syarikat Malaysia di luar negara.

Menurutnya, pengeksportan produk agro makanan ke Jepun menjadi mercu tanda terhadap kejayaan Malaysia untuk meneroka dan menembusi pasaran negara berkenaan.

“MAFI selaku peneraju sektor pertanian berusaha menjadikan Malaysia lebih kompetitif sebagai pengeluar utama makanan dunia,” ujarnya.

Katanya semasa pelepasan pengeksportan produk agro makanan ke Jepun di Ibu Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda