Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 11 April (Malaysiaaktif) – Program `Info on Wheels’ (IoW) Kempen Keluarga Malaysia, Fasa Pematuhan Endemik bersama Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu menggamit kenangan dengan membuat sedikit kelainan mengagihkan juadah berbuka puasa dengan menjunjung makanan di atas dulang dan dibawa oleh kaum wanita.
Tradisi membawa makanan yang dijunjung dari rumah ke masjid untuk jamuan berbuka puasa pernah dipraktikkan oleh masyarakat di Terengganu pada masa lalu.
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Rusmiza Anuar, berkata bagi memeriahkan suasana Ramadan kali ini, pengurusan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Pulau Rusa bersetuju mengagihkan juadah berbuka puasa kepada penduduk sekitar masjid dengan menjunjung dulang dan bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain.
-ZS-