Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tradisi Kacau Dodol Sekampung Satukan Masyarakat Kampung Panchor

By 24 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

DURIAN TUNGGAL, 23 April (Malaysiaaktif) – Program Kacau Dodol Sekampung anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Panchor telah berjaya menyatupadukan penduduk selaras dengan intipati Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Pengerusi JPKK, Idris Yunus, 63, tahun ini kita mengacau tujuh kawah dodol dan akan diagihkan kepada seluruh penduduk kampung.

“Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan persiapan bahan-bahan masakan dan selesai jam 7.00 malam, kerjasama yang ditunjukkan penduduk kampung amat mengalakkan, segenap lapisan umur hadir membantu menjayakan program ini dan pasti akan diteruskan setiap tahun,”ujar Idris.

Dalam program yang sama turut diadakan majlis penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan dan seterusnya majlis berbuka puasa sekampung.

Turut hadir dalam program hari ini, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal, Zahari Kalil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda