Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sukan Lasak Mampu Rancakkan Ekonomi Langkawi

By 20 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 20 Mac (Malaysiaaktif) –Penganjuran sukan lasak mampu merancakkan semula sektor pelancongan dan ekonomi di pulau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata LADA sentiasa memberi sokongan dan mengalu-alukan sukan ekstrem dan lasak seperti Kejohanan Langkawi Geopark Enduro Challenge 2022 diadakan di pulau ini.

“Program sebegini boleh menggalakkan dan menghidupkan semula ekonomi serta mempromosikan Langkawi sebagai destinasi perlancongan dan pulau bebas cukai.

“Kejohanan ini memanfaatkan status Geopark Langkawi sebagai daya penarik utama dalam mempromosikan keindahan dan keaslian Langkawi kepada para peserta dan juga pelancong amnya,” katanya

Menurut Presiden Persatuan Kelab Basikal Lasak 99 Kuah Raziman Ishak, Langkawi menjadi lokasi pilihan bagi pusingan kedua daripada empat siri Kejohanan Mountainbiker Enduro Championship 2022.

Seramai 257 penggemar aktiviti sukan berbasikal lasak dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan bertempat di Trek MTB 99, Kampung Dato’ Bakar, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda