Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pertandingan Teka Silang Kata Bantu Pelajar Kuasai Bahasa Melayu

By 22 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Pertandingan Teka Silang Kata Sekolah Menengah Swasta dan Sekolah Menengah Swasta Cina anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak boleh membantu pelajar aliran Inggeris dan Cina menguasai Bahasa Melayu dalam bentuk yang lebih menyeronokkan.

Pelajar Sekolah Menengah Chung Hua No. 1 Kuching, Theodore Ho Sze Rui, xx, berkata dirinya banyak  membuat carian pada Google untuk menambah kosa kata dalam pertandingan tersebut.

“Saya amat menghargai usaha DBP untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penguasaan Bahasa Melayu,” kata Tee Leyok Poo, guru di sekolah tersebut.

Pertandingan tersebut diadakan di sini semalam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-45 DBP Cawangan Sarawak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda