Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kolaborasi Rakan Strategik Tingkat Kebolehpasaran Graduan PKK

By 11 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/PKK

KOTA KINABALU, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Kolaborasi bersama rakan strategik meningkatkan kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Pengarahnya, Dullah Muluk berkata rekod pada tahun 2021 menunjukkan sebanyak 89.8 peratus graduan PKK memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar dan ia dipengaruhi oleh kerjasama industri yang dijalankan.

“Saya yakin dan percaya jalinan kerjasama yang termeterai pada hari ini serta 142 rakan industri lain sebelum ini dapat memantapkan lagi kualiti sistem pembelajaran dan pengajaran di PKK serta meningkatkan lagi peluang pekerjaan untuk para graduan,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Sijil Jalinan Kolaborasi antara PKK bersama Rakan Industri, di sini pada Rabu.

Menurutnya, kolaborasi itu merangkumi perkongsian kepakaran dan pelbagai usaha sama untuk kebaikan serta kemajuan kedua-dua pihak.

“Faedah utama melalui kolaborasi ini ialah perkongsian ilmu dan pengetahuan berkaitan keperluan, melalui pembabitan pakar daripada pihak industri dalam memastikan silibus selain kurikulum di PKK kekal relevan serta selari dengan perubahan teknologi semasa,” ujarnya.

Pada majlis sama turut berlangsung Majlis Menandatangani Agreed Minute of Meeting bersama dua politeknik di Indonesia secara maya iaitu Politeknik Negeri Sriwijaya dan Politeknik Pertanian Negeri Pangkajene Kepulauan Indonesia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda