Laporan/foto: Noor Aziana Azreen Roslan/S.Shanmuganathan
GEORGE TOWN 29 Jul (Malaysiaaktif) – Pasar Chowrasta di Jalan Penang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli pelbagai jenis jeruk segar, cenderahati dan pelbagai kraf tempatan.
Chowrasta juga mempunyai tarikan istimewa kepada pencinta buku terutamanya pencinta sastera yang ingin mendapatkan novel dan karya sasterawan seperti Shahnon Ahmad, Mana Sikana dan lain-lain lagi.
Kedai buku lama dan terpakai yang terletak di Tingkat 1, Chowrasta, masih ada peminat yang tersendiri dari kalangan Keluarga Malaysia. Pelbagai bahan bacaan yang tersusun dirak kedai sehingga rapat ke siling.
Hisham Mohd Nor, 40, berkata beliau seorang peminat sastera yang datang ke Pulau Pinang untuk memburu buku-buku terpakai.
“Saya berpeluang membeli koleksi buku Stephen King dan buku puisi Usman Awang. Buku di sini masih dalam keadaan baik dan boleh dibeli dengan harga murah,” ujarnya lagi.
-ZS-