Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pusat Sumber Sekolah Pamer Sejarah Kemerdekaan

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

JEMPOL, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan  Felda (SK F) Palong 5 dengan kerjasama Panitia Sejarah dan Seni Visual telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah.

Usahasama ini bertujuan menarik minat para pelajar menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai medium penyampaian pelbagai maklumat terutama dalam menyampaikan ilmu berkenaan sejarah Malaysia dan kemerdekaan.

“Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah nadi ilmu dan sumber maklumat kepada warga sekolah walaupun bersaing dengan teknologi terkini yang mudah untuk mendapatkan maklumat di hujung jari,” kata Shamsudin Salleh, 56, Guru Besar Sekolah (SK F) Palong 5 dalam ucapan perasmiannya.

“Di kesempatan meraikan bulan kebangsaan ini, PSS telah mewujudkan sudut pameran bertema di samping terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, PSS SK F Palong 5 berusaha untuk menjadi sebuah pusat maklumat sejarah kemerdekaan sebagai tarikan dan rujukan utama para pelajar.

Sebanyak 11 aktiviti akan dipertandingkan di sepanjang Bulan Kebangsaan untuk penyertaan semua pelajar bermula dari peringkat prasekolah sehingga pelajar tahun enam.

Turut hadir, Aini Musli, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah sebagai tanda sokongan kepada program kemerdekaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda