Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Nikmat Kemerdekaan Hari Ini Perlu Dipertahankan

By 15 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 15 Sept (Malaysiaaktif) – “Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini perlu dipertahankan dan perlu dikenang jasa-jasa nenek moyang kita terdahulu,” kata Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, ketika merasmikan Program Semarak Gemilang di Jeti Merang, Setiu pagi ini.

“Dengan adanya program seumpama ini sudah pasti dapat menaikkan lagi semangat patriotisme dan cinta kita terhadap tanah air kita ini,” tambah beliau lagi.

Program Semarak Gemilang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Setiu ini turut diserikan lagi dengan pertandingan mewarna merdeka yang melibatkan kanak-kanak tadika sekitar Mukim Merang serta Perarakan Kemerdekaan oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Merang.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Setiu, Muhamad Maliki Md Jusoh, Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Kg Merang, Shaiful Baharim Che Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda