Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Merdeka@Komuniti Santuni Komuniti Setempat

By 15 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/Halimah Abd Ghani

BUKIT MERTAJAM, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Taman Budiman, Alma menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Aktiviti ziarah dan menyantuni masyarakat setempat yang terkesan dengan wabak COVID-19 dilihat dapat mengeratkan silaturahim dan semangat perpaduan sebagai Keluarga Malaysia.

Bantuan keperluan makanan asas turut diserahkan bagi meringankan beban dan penyerahan Jalur Gemilang agar golongan ini turut bersama-sama merasai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Menurut seorang penerima bantuan Ahmad bin Man, 60, “program sebegini amat bermakna kepada golongan warga emas agar tidak dipinggirkan dari merasai suasana menyambut kemerdekaan,” katanya ketika ditemui media.

Program ini dijayakan dengan kerjasama daripada Komuniti Keluarga Malaysia Taman Budiman dan Pejabat Penerangan Seberang Perai Tengah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda