Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Contohi Keperibadian Rasulullah dalam Semua Aspek Kehidupan

By 10 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Umat Islam diseru untuk mencontohi keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan harian kita.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias, sambutan Maulidur Rasul bukan hanya sambutan hari lahir Baginda Rasulullah SAW bahkan kita perlu mengambil iktibar dan mengikuti segala yang ditinggalkan kerana baginda adalah rahmat untuk sekalian alam.

“Mari kita semai rasa mahabbah berterusan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan mengikut sunnah Rasulullah agar syafaat baginda dapat mengiringi kita di akhirat nanti,” katanya semasa merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Labuan di sini semalam.

Tambahnya tema sambutan tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ juga memperlihatkan kepentingan umat Islam yang berbilang bangsa, bahasa dan budaya untuk terus bersatu padu dalam apa jua keadaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda