Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad
TANGKAK, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 700 orang telah memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tangkak yang diadakan di Masjid Bandar Tangkak, semalam.
Menurut Pegawai Daerah Tangkak Azman Mohamad Shah, al-Quran dan hadis adalah panduan terbaik untuk semua umat Islam agar selamat dunia dan akhirat.
“Namun dakyah yang buruk oleh sesetengah fahaman mengenai larangan Sambutan Maulidur Rasul wajar ditolak kerana ia akan memecahkan ukhuwah umat Islam,” tambahnya lagi.
Antara intipati sambutan tersebut adalah acara berzanji, bacaan ayat-ayat suci al-Quran, majlis ilmu serta penyampaian hadiah kepada pemenang bagi beberapa pertandingan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin Nisa Ismail, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tangkak, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua agensi daerah Tangkak serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
-ZS-