Laporan/foto: Mohammad Rasuli Ras-Nazeruddin (Bagan Datuk)
BAGAN DATUK, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Dengan keluasan 0.8 hektar, Ladang Bunga Matahari di Kampung Bagan Sungai Burung di sini menjadi antara lokasi menarik di negeri Perak untuk rakaman gambar ‘Outfit of the Day’ atau OOTD.
Dibuka semula pada penghujung 2021 sebaik pengumuman kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan, kini ladang ini kembali meriah menerima kunjungan pelawat tempatan dan pelancong luar negara yang gemarkan bunga matahari.
Menurut seorang pengunjung Nurul Farhana Badrul Ezan, 37, ladang tersebut amat sesuai bagi ibu bapa yang menginginkan aktiviti santai dan sihat untuk keluarga.
“Selain menenangkan, terdapat juga banyak sudut menarik untuk merakam foto kenangan bersama anak-anak,” tambahnya ketika ditemui semalam.
Selain merakam OOTD, pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan kepada ikan dan itik yang dipelihara di ladang tersebut.
-ZS-