Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Program pemulihan ternakan di bawah skim ternak Rezeki Ternak Unggas merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi membantu menambah pendapatan dan mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup rakyat.
“Program ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh MAFI dalam usaha membantu para penternak bagi mengekalkan kelangsungan dalam bidang penternakan,” kata Pengarah Veterinar negeri Perlis Dr Adam Kwan Abdullah ketika ucapan aluan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, di sini pada Sabtu.
“Keseluruhan 29 peserta telah menerima bantuan di bawah program ini iaitu 11 penerima bantuan rezeki ternak dan 18 penerima pertanian organic,” ujar beliau lagi.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Veterinar) merangkap Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Awam Veterinar Dr. Rohaya Mohd Ali.
-ZS-