Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jalinan Mesra Bersama Komuniti

By 4 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan: Nurul Ain Johari / Foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang peserta telah menyertai Pertandingan Bola Bowling yang diadakan melalui program Malaysia [email protected] di Pusat Bowling Batu Pahat, hari ini.

Program tersebut telah dianjurkan oleh Komuniti Keluarga Malaysia Lubok Bagan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat dan disertai oleh masyarakat daripada setiap peringat umur dan juga jantina.

Menurut Penghulu Mukim Bagan dan Lubok, Mohd Azri Tresno, 36, program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara jabatan kerajaan dan komuniti serta dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja disamping pihak Pejabat Penerangan Batu Pahat menyalurkan maklumat berkenaan kempen-kempen kerajaan.

“Bermain bowling juga dapat melancarkan peredaran darah, membakar kalori serta mencegah penyakit kardiovaskular,” ujarnya lagi ketika di akhir program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda