
Laporan/foto: Haziqah Nabilah/Azlizan Razaly (Hilir Perak)
TELUK INTAN, 3 Nov (Malaysiaktif) – Jeti Bot Penambang Teluk Intan kembali rancak menerima pengunjung setelah dua tahun tidak beroperasi ekoran pandemik Covid-19.
Penumpang, Nur Shazliana Balqis Sani, 19, berkata bot penambang ini merupakan alternatif paling mudah untuknya menyeberang dari rumah di Felcra Changkat Lada ke Pekan Teluk Intan untuk berurusan di pejabat kerajaan dan mencari barangan keperluan.
“Kos perkhidmatannya juga menjimatkan memandangkan jambatan berhampiran terletak di Batu 5 Teluk Intan,” ujarnya.
Sementara itu, usahawan, Chui Che Qong, 45, mencadangkan agar jeti bot penambang ini dinaik taraf menggunakan jeti terapung agar operasi menolak motosikal ke dalam bot lebih selamat selain mengambil kira paras pasang surut air sungai.
Bot penambang yang menghubungkan penduduk dari Seberang Perak ke Teluk Intan ini beroperasi dengan kadar tambang serendah RM1 bagi sebuah motosikal dan 50 sen untuk seorang penumpang, sehala.
-ZS-
Pernah naik g seberang. best jugak. rasa macam feel orang dulu2