Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kolej Komuniti Bakal Dibuka Di Parit Sulong

By 3 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain/Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Pecah Tanah Kolej Komuniti Parit Sulong telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Tapak Kolej Komuniti Parit Sulong, pagi tadi.

Kolej Komuniti adalah salah satu institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pekerja mahir yang menjadi pilihan utama di dalam industri.

Menurut Dr. Noraini, pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849.00 sebulan layak untuk mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan bagi 3 semester.

“Gagasan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang turut memartabatkan TVET sebagai salah satu pemboleh daya menyumbang ke arah pembentukan negara membangun, lagi makmur dan inklusif,” ujarnya lagi ketika merasmikan majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda