Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Anugerah Perdana Belia Negara Milik Jasin

By 3 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad/FB JBS Negara (Jasin)

MELAKA, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2022 telah berlangsung di Hotel Lacrista, Melaka, semalam.

Daerah Jasin telah mencatat rekod dengan merangkul kesemua kategori yang telah dipertandingkan bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2022.

Johan Kategori Individu Wanita dimenangi oleh Asmah Sulaiman, merupakan Naib Pengerusi (Sosio-Ekonomi) Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin merangkap Ketua Srikandi Persatuan Kelab-Kelab Belia MAYC Jasin bersyukur dan berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semua Belia.

“Pemimpin Belia dan Pertubuhan Belia di dalam Daerah Jasin harus bersatu padu dan bekerjasama untuk lebih bergerak maju membangun belia di dalam Daerah Jasin, ujarnya.

Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2022 telah disempurnakan oleh Datuk Wira Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yg mewakili Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda