Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Suntik Kesedaran

By 2 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto : Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Program Malaysia Kita @ Komuniti Keluarga Malaysia Daerah Seremban kali ini berkesempatan mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Kasih Taman Tuanku Jaafar Seremban.

Abdul Ghaffar Abd Manap, 62, selaku pengerusi PDK di sini berharap Program bersama Agensi Kerajaan dan penduduk sekitar sebegini dapat menyuntik kesedaran penduduk setempat tentang fungsi dan peranan PDK yang sebenarnya.
“Saya percaya penduduk dan masyarakat masih lagi samar tentang fungsi dan peranan PDK. Dengan adanya program sebegini diharap dapat menyebarkan maklumat secara bersemuka kepada penduduk tentang fungsi dan peranan Sebenar PDK ini”, katanya yang ditemui di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pada hari ini adalah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Senawang,Ibu Bapa warga PDK serta penduduk sekitar Taman Tuanku Jaafar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda