Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pemerkasaan TVET dan STEM Pengajian dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

By 26 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Pelapor/foto: Fadillah Abdul Latif/Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bandar Maharani Bandar Diraja, Pejabat Daerah Muar telah menganjurkan majlis sambutan bertempat di Dataran Tanjung Emas Muar.

Pada majlis tersebut, Professor Dr. Mohd Roslan Sulaiman Naib, Canselor Universiti Putra Malaysia telah merasmikan Pemerkasaan TVET dan STEM Pengajian dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bandar Maharani Bandar Diraja. Pejabat Daerah Muar bersama-sama UPM telah menandatangani memorandum kerjasama (MOU) antaranya pelancongan berasaskan komuniti, sawah padi di Sungai Balang, aktiviti ternakan makanan ayam dan Luminen, akuakultur dan pelbagai lagi kerjasama lain yang akan dikenal pasti pada masa akan datang.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim menyalurkan Bantuan Kasih Bangsa Johor berbentuk wang tunai RM300.00 dan bakul makanan kepada 30 penerima dalam kalangan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.

-ZS-

Tinggalkan komen anda