Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Perbadanan Labuan Pastikan Sektor Pelancongan Berkembang

By 11 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan akan memastikan sektor pelancongan di pulau itu terus berkembang bagi menjana ekonomi setempat.

Menurut Pengerusinya, Senator Datuk Bashir Alias, sektor pelancongan di pulau bebas cukai itu akan diperkukuhkan untuk memberi limpahan ekonomi.

“Kalau pelancongan di Labuan maju maka sektor perniagaan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) lain pun akan meningkat sekaligus menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya semasa bersiaran dalam program Tagal Bersama :  Labuan Ai’e Mulanya di LabuanFM semalam.

Menurutnya lagi, pihaknya akan terus berusaha keras untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat agar Labuan tidak ketinggalan dan mengecapi kemajuan seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Labuan alami pembangunan yang pesat semasa fasa awal menjadi Wilayah Persekutuan dengan pelbagai pembangunan infrastruktur, cuma menjadi sedikit perlahan pada akhir ini,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda