Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Hospital Cyberjaya Mula Beroperasi Hari Ini

By 11 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhd Afiqq Rahman/ Muhammad Munir Almubarak (Shah Alam)

CYBERJAYA, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Hospital Cyberjaya yang mula beroperasi pada hari ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 282,000 penduduk di daerah Sepang dan sekitarnya serta dapat mengurangkan masa menunggu disebabkan kesesakan di fasiliti kesihatan berhampiran iaitu Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin walaupun pada awalnya terdapat cadangan Hospital Cyberjaya ini diberikan kepada pihak swasta, namun kerajaan telah membuat keputusan untuk mengoperasikan Hospital Cyberjaya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai hospital awam bagi memberikan kemudahan kesihatan yang baik kepada rakyat.

“Hospital Cyberjaya ini menawarkan 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan yang berbeza termasuk perkhidmatan kecemasan, perubatan am, pembedahan am, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, oftalmologi, otorinolaringologi, radiologi, patologi, psikiatri dan kesihatan mental, pemulihan, pergigian dan geriatrik.” katanya di pelancaran pengoperasian Hospital Cyberjaya, di sini pagi tadi.

Hospital Cyberjaya merupakan projek Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos RM508.8 juta, mempunyai 288 katil, blok kecemasan dan 1,006 tempat letak kereta.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Harjeet Singh Hardev Singh dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dato’ Indera Dr. Sha’ari Ngadiman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda