Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lawatan Kerja Fahmi Fadhil ke JaPen

By 8 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Kementerian Komunikasi dan Digital

PUTRAJAYA, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat Jabatan Penerangan (JaPen) di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital, di sini pagi ini.

Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Pengarah Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Zainudin Haji Ismail.

Menteri Komunikasi dan Digital kemudian menurunkan tandatangan pada buka lawatan jabatan dan seterusnya menghadiri sesi taklimat tertutup bersama pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah negeri yang diberikan oleh Mohd Sukari.

Dalam ucapannya beliau berharap Kementerian Komunikasi dan Digital bersama Jabatan Penerangan dapat bekerjasama dengan baik menyampaikan maklumat yang tepat secara padu, lancar dan pantas.

“Kita tidak ada masa untuk berleka. Hanya ada masa untuk berlari.

“Ini adalah kerajaan yang ditubuhkan atas titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka kita perlu pertahankan dan pastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan cepat supaya mereka faham apa yang sedang diusahakan ini untuk kebaikan dan masa depan mereka,” katanya.

Fahmi Fadzil yang pertama kali memulakan tugas sebagai menteri pada Isnin lalu memberitahu aktiviti penipuan akan diberi perhatian serius sebagai sebahagian daripada rancangan segera kementeriannya dan perlindungan data serta penyebaran berita palsu dan maklumat salah di media sosial.

-ZS-

Tinggalkan komen anda