Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Makanan Seberang jadi Produk Utama Perniagaan

By 22 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Samsuddin Kamaruddin

TAWAU, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Produk makanan keluaran negara jiran iaitu Indonesia, sudah tidak asing lagi bagi penduduk Tawau dan ia dijadikan produk utama perniagaan Kedai Toko Asia yang mempunyai pembeli tetap yang semestinya akan datang ke situ apabila berkunjung ke daerah berkenaan.

Pengurus kedai Toko Asia, Samsuddin Kamaruddin, 41, berkata kedai itu dibuka pada tahun 2019 oleh bapanya, Kamaruddin Habe, 66, yang melihat ia sebagai suatu peluang perniagaan yang baik.

“Bapa memang minat berniaga sejak dahulu lagi dan disebabkan itu, beliau telah membuka kedai pertama yang terletak di Bandar Sabindo Tawau.

“Terdapat pelbagai barangan produk makanan berasaskan coklat, bahan masakan dan bahan kuih muih dari negara jiran yang dijual di kedai ini,” ujarnya ketika ditemui media, di sini baru-baru ini.

Menurutnya lagi, berikutan sambutan baik, mereka telah membuka cawangan Toko Asia 2 yang terletak di Jalan Dunlop, Tawau pada bulan September tahun lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda