Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Penemuan Terkini Empat Mangsa Korban Kejadian Tanah Runtuh Batang Kali

By 22 Disember 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Yuszairee Mohd Yunus/JaPen (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Pasukan mencari dan menyelamat SAR telah menemui empat lagi mangsa dalam operasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah pencarian dilakukan di kawasan Sektor C (River Side) sebelum menemui mayat mangsa di dalam satu khemah.

“Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.04 pagi. Mangsa membabitkan seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.”

“Mayat mangsa diperiksa oleh pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.”

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dengan 61 dilaporkan selamat, manakala 30 disahkan terkorban dan tiga masih hilang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda