Laporan/foto: Azimee Abdullah/Ainsyah Hamid
BAYAN BARU, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Sambutan Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat Cina beberapa hari lagi. Dalam kesempatan ini, Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengadakan ziarah kasih di beberapa tempat sekitar Parlimen Bayan Baru bagi mengedarkan 50 buah bakul makanan terutamanya kepada golongan masyarakat Cina yang tidak berkemampuan.
“Kita menyantuni orang kelainan upaya dan warga emas serta mengedarkan bakul makanan bagi meringankan bebanan mereka,” katanya.
Chow Kon Yeow juga turut menyeru masyarakat Cina yang merayakan Tahun Baru Cina tahun ini agar menjaga kesihatan dan keselamatan.
-ZS-