Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Hari Ponggal Bererti ‘Melimpah-ruah’

By 16 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah / Ainsyah Hamid

BAYAN BARU, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Pongal dalam bahasa Tamil bererti “melimpah-ruah.” Hari Ponggal merupakan perayaan yang diraikan selama empat hari pada bulan Thai dalam kalendar kaum India.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang hadir berasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan oleh masyarakat India dalam perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat etnik Tamil.

Sugumaran, 52, berkata susu lembu dimasak terlebih dahulu dalam periuk belanga sehingga mendidih dan melimpah keluar. Kemudian di masukkan beras dan masak sehingga menjadi nasi.

“Perayaan ini telah lama diraikan di Malaysia oleh masyarakat India. Ianya juga dilihat sebagai satu acara untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan menghormati budaya kaum lain” katanya.

Chow Kon Yeow juga turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan Asnaf sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba.

-ZS-

Tinggalkan komen anda