Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kampung Jawa dalam Kenangan

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA 20 Jan (Malaysiaaktif) – Sebelum wujudnya pusat membeli-belah yang naik bak cendawan tumbuh selepas hujan di bandar raya Melaka, Kampung Jawa adalah tempat tumpuan warga mencari barang-barang semasa musim perayaan, persekolahan, majlis perkahwinan mahupun kelengkapan selepas bersalin.

Namun semua itu akan menjadi memori apabila Kampung Jawa dengan rasminya akan ditutup pada 31 Mei tahun ini bagi memberi laluan kepada projek pembangunan yang sangat pesat di sepanjang Sungai Melaka.

Menurut peniaga Salamah Mohamad, 64, walaupun akur akan berpindah namun tetap bersyukur kerana kerajaan negeri Melaka banyak membantu dalam segala urusan kami di sini.

“Walaupun tidak semeriah dahulu kerana hari ini sudah banyak pusat-pusat membeli belah yang besar dan lebih selesa namun bagi orang-orang lama, mereka masih datang ke sini,” kataya.

Bagi pengunjung Salmiah Dolah, 45, memori bersama orang ibu yang kini sudah tiada pasti mengamit perasaan pilu bila mengenang suasana ketika itu.

“Setiap rakyat Melaka pasti mengenang kawasan ini, selepas membeli-belah kita akan makan cendol, mee rojak, satay dan berjalan kaki ke perhentian bas dengan sarat memikul barang-barang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda