Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pegawai Daerah Kemaman Lancar Buku Pelan Antirasuah Organisasi

By 20 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab telah merasmikan Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di Bilik Syarahan Aras 3, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, pada Rabu.

Beliau ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 kepada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman berkata dengan kekuatan pasukan kerja yang ada, beliau yakin kakitangannya akan berjaya mengharungi cabaran mendatang dan mencapai sasaran untuk dilaksanakan pada tahun baharu ini.

“Pelan tersebut mampu memacu Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman ke arah peningkatan ketelusan dengan menerapkan prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban dalam semua proses dan prosedur dalam melahirkan warga kerja yang bebas rasuah,” katanya.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman Hanum Isa@Ghazali dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Mohamad Hafiz Che Awang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda