Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerajaan Negeri Komited Membangun Sahsiah Melalui Gerak Kerja

By 16 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Amanat Pegawai Daerah Tangkak telah dilaksanakan dan sampaikan kepada Ketua Kampung Daerah Tangkak di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, semalam.

Amanat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Azman Mohamad Shah itu antara lain menjelaskan bahawa Ketua Kampung harus proaktif dalam melaksanakan tugas seperti mengesan penduduk yang terputus bekalan makanan dan menyalurkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

“Bantuan secara One-Off, kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor juga disalurkan berdasarkan penerima yang miskin dan daif serta layak yang telah disenaraikan oleh ketua kampung kawasan masing-masing.

“Antara peranan dan tanggungjawab Ketua Kampung juga adalah membuat hebahan pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin terutamanya bagi penduduk warga emas di klinik berhampiran dan bertindak sebagai Agent Basmi COVID-19 (ABC 19) dengan hebahan kepada penduduk masing-masing,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda