Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MB Pahang Santuni Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

By 2 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Firdaus/Juhaisa Azrin

LIPIS, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jerkoh, Benta, di sini semalam.

Majlis rumah terbuka yang diadakan secara sederhana namun meriah itu telah dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum dan juga pelbagai peringkat umur yang dilihat menjadi platform kepada orang ramai untuk berkumpul dan meraikan Tahun Baharu Cina bersama-sama dengan penuh harmoni.

Dalam ucapannya Wan Rosdy meminta semua pihak menjauhi sikap permusuhan antara kaum dan sentiasa mengamalkan sikap toleransi serta menjadikan keunikan yang ada sebagai satu keistimewaan yang boleh dinikmati oleh rakyat.

“Saya melihat rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan turut diraikan oleh pelbagai kaum.

“Sikap seperti ini harus terus dipupuk dan kita perlu bersyukur dengan keharmonian yang ada,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 75 orang warga emas Dewan Negeri Kawasan Benta, penyampaian ang pau kepada murid-murid terpilih dari SJK Cina Jerkoh, SJK Tamil Benta dan Sekolah Kebangsaan Benta.

Selain daripada tarian singa majlis turut diserikan dengan acara menggaul ‘lou sang’ yang menjadi tradisi dalam meraikan Tahun Baru Cina.

-ZS-

Tinggalkan komen anda