Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keluarga Serom Cinta Ilmu ke Arah Keluarga Bahagia

By 24 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran/PKWR Serom

TANGKAK, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang telah menyertai Program Keluarga Serom Cinta Ilmu yang diadakan di Dataran Parit Haji Othman, di sini baru-baru ini.

“Program yang bertemakan ‘Keluarga Bahagia’ ini berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan masyarakat setempat yang hadir bersama-sama keluarga,” kata Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin Nisa Ismail.

Sumbangan Sentuhan Kasih Serom dan sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Keuarga Darul Ta’zim (YPKDT) Daerah Tangkak juga telah diberikan kepada fakir miskin.

Antara intipati program tersebut adalah ceramah keagamaan yang disampaikan oleh Da’i Ustaz Azam Al-Kankari, persembahan nasyid oleh Kumpulan Saujana serta selawat, bacaan al-Quran Surah Ar-Rum oleh Naib Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda