Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Dilantik Sebagai Yang Dipertua Pesaka Melaka

By 23 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

MELAKA, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad telah dilantik sebagai Yang Dipertua Persekutuan Silat Melaka (PESAKA) baharu pada persidangan tahunan PESAKA Melaka yang berlangsung di Baitul Tariq, Klebang, di sini semalam.

Mohamad Ali dalam ucapannya berkata beliau menyahut cabaran dalam memperkasakan seni bela diri orang Melayu itu agar lebih maju dan menonjol supaya tidak lapuk serta ketinggalan zaman.

“Saya harap kita dapat melahirkan lebih ramai pesilat bertaraf dunia.

“Pada masa yang sama kita akan terus berkempen untuk menggalakkan anak-anak muda mempelajari silat kerana ianya bukan sahaja untuk mempertahankan diri malah dapat memartabatkan kesenian silat itu sendiri,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda