Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PDRM Seremban Bersedia Hadapi Banjir

By 27 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Jaitripta Kaur (Seremban)

RANTAU, 27 Januari (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Seremban bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir di daerah tersebut.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Polis (ACP) Nanda Maarof berkata demikian ketika sesi uji dua bot inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak 7-Eleven di Kolam Takungan Banjir Kampung Seliau Ilir, di sini semalam.

“Majlis ini diadakan bagi menguji keupayaan bot berfungsi dengan baik sebelum digunakan bagi sebarang kerja-kerja menyelamat,” katanya.

Menurut beliau lagi melalui majlis seumpama ini penduduk setempat dapat beramah mesra serta bertukar pandangan dan idea dengan pihak polis.

“Terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau, Pejabat Penerangan Daerah Seremban dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seliau Baru dan semua pihak yang terlibat membantu menjayakan majlis pada hari ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda