Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pemancing Selamatkan Penyu Terkandas di Pantai Tanjung Aru Nelayan

By 26 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Nordin Kadir

LABUAN, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Seorang pemancing berjaya menyelamatkan seekor penyu hijau yang terkandas di pesisir pantai cetek di Kampung Tanjung Aru Nelayan.

Menurut seorang penduduk tempatan, Nordin Kadir 50, penyu itu diselamatkan oleh seorang pemancing yang kebetulan ingin memancing ikan di pantai itu.

“Kawasan pantai Tanjung Aru Nelayan memang menjadi tempat persinggahan penyu bertelur sejak dulu tetapi akibat kejadian hakisan pantai penyu-penyu sudah jarang ditemui di kawasan itu,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Tambahnya, kawasan pantai itu juga menjadi tumpuan para pemancing kerana pernah merekodkan tangkapan ikan-ikan besar seperti spesies ‘giant trevally’ atau gerepoh selain menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu yang ingin menikmati makanan tradisi ambuyat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda